Wednesday, June 3, 2009

sambungan anak sg bankit mengejar impian

Malam pun berkunjung tiba, sepi... hanya sesekali kedengaran bunyi unggas saling bersahutan. mata babi hutan juga seringkali kelihatan dari arah beranda kuarters cikgu yang hanya sesuai dipanggil tempat teduh sahaja. ya, tiada pilihan lain cikgu- cikgu di situ terpaksa menerima hakikat ini. jika ingin membina rumah batu atau kayu sekalipun kos pembinaannya sudah pasti mencecah ribuan ringgit kerana apa? hanya satu jawapan kos pengangkutan. dapat sesuap nasi dan berlauk kan ayam pun dah dikira mewah dan bersyukur sangat. apa tak nya nak membeli lauk harapkan penduduk rumah panjang yang datang menjual ke rumah- rumah cikgu. itupun lauk kampung seperti paku, kemiding, daging babi hutan, rebung, salai ikan dan bermacam-macam lagi.

Aku tidak dapat melelapkan mata entah mengapa mataku begitu liat sekali untuk pejam. nak dikatakan panas tak juga kerana aku masih dapat merasakan angin bertiup sepoi- sepoi bahasa dari luar menyapa lembut segenap tubuh kecilku melalui lubang kecil dari tepi dinding dan juga tingkap.

Aku bingkas bangun mencapai mini lampu suluh ku pemberian rakan karibku Sheila ketika aku masih di sekolah lama dahulu. perlahan- lahan aku mencapai buku cerita yang bertajuk ' Cita-cita ku cita- cita mu jua' yang entah sudah berapa kali aku membacanya sejak aku darjah 5 lagi. namun, tidak timbul sedikitpun perasaan bosan apabila membaca buku tersebut. malah aku masih lagi menitiskan air mata tatkala tiba di bahagian yang menyentuh perasaanku. sehinggalah aku dewasa, buku cerita itulah satu- satunya teman tidurku dan terima kasih Cikgu Sheira kerana telah menghadiahkan aku sebuah buku cerita yang begitu menyentuh hati dan penuh pengajaran tentang pengorbanan seorang sahabat. mataku akhirnya terlelap tatkala jam di dinding menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.

beberapa bulan kemudian.....

' Mag kau tau tak kita berdua terpilih menjadi wakil sekolah ke peringkat daerah nanti untuk pertandingan kuis bahasa Melayu dan aku juga wakil untuk story telling competition serta kau pula untuk spelling bee contests. best tak kita dua? aku bukan main lagi excited setelah berjaya mencuri membelek fail yang terletak di atas meja bapaku tadi.

kegembiraan ku hanya seketika apabila ku lihat manik- manik kecil mulai jatuh membasahi pipi Mag.

' Mag kenapa ni? tak kan lah kau gembira sangat sampai menangis alah- alah sayang Mag' aku memeluk Mag dengan erat.

' Fina... aku rasa aku akan menarik diri nanti. aku doakan kau berjaya ok.'

Aku seakan- akan tidak percaya apa yang aku dengar dari Mag sebentar tadi. adakah ianya satu gurauan atau realitinya. aku inginkan kepastian daripada Mag. kali ini dengan reaksi yang lebih serius.

'Mag! kau biar betul, cakaplah yang kau gurau saje je kan nak bagi aku suspen. kejam tau!'

' tak Fina aku serius ni. kalau aku gurau sekalipun aku tak akan mengeluarkan air mata ni. ' suara Mag mula serak dan air mata nya mulai deras mengalir.

' Mag, kau ada apa- apa masalah ke? ceritalah dengan aku. jangan nangis macam ni.'

' Fina... kenapa nasib aku malang sangat? kenapa?'

' Mag apa maksud kau nasib malang? tiada insan di dunia ini yang dilahirkan malang faham tak. apa yang kita lalui itu adalah ujian daripada Nya.'

' kalau betul itu ujian kenapa harus aku yang menerimanya? kenapa tidak orang lain?!' aku geram, aku benci! benci!

aku mula menggelabah. Mag nampaknya mempunyai masalah besar bukan seperti apa yang kusangkakan pada awalnya adalah dia menghadapi tekanan untuk menduduki UPSR.

' Mag aku bukanlah nak menyibuk dengan hal peribadi kau tapi sebagai kawan aku harap kau tak keberatan untuk berkongsi masalah kau dengan aku. mana tau aku dapat tolong. dan aku juga janji yang aku tidak akan bagitau sesiapapun. percayalah.'

' janji?'

'ya'

' sebenarnya Fina masalah aku ni sangat rumit dan aku tau tiada siapa yang dapat membantu aku menyelesaikannya. ibu bapaku sudah lama bercerai. bapaku kaki judi dan juga kaki botol. dia pernah meminjam wang daripada beberapa orang samseng untuk melangsaikan hutang-piutangnya yang entah aku pun tak pasti berapa banyak jumlahnya. masa itu umurku 8 tahun dan adik ku Lara 5 tahun. setelah puas dibelasah, diterajang dan di layan seolah- olah anjing kurap, oleh bapaku, ibu telah mengambil keputusan untuk membawa kami berdua keluar dari kehidupan neraka yang bapaku cipta itu. ibu mengajak kami berdua balik kampung Giam menetap bersama datuk dan nenek di sini.'


sambung lagi.....

No comments:

Post a Comment