Wednesday, June 3, 2009

sambung........

Aku tekun mendengarkan setiap butir bicara yang keluar dari mulut Mag. tidak ku sangka, kawanku yang selama ini periang rupa- rupanya mempunyai kisah silam yang sangat tragis.

' kini... Fina, aku teringatkan kembali kepada binatang itu. setelah berapa kali aku cuba melupakannya. ini semua gara- gara karangan ' istimewanya ayah' yang cikgu Ardi suruh kita siapkan tempoh hari. ' Mag berhenti seketika, manik-manik jernih sudah mulai berhenti mengalir.

' o ya, aku baru hantar semalam. kau dah hantar?' aku mula berbicara sekian lama membisu.

' tak! aku tak hantar lagi.'

'semalam kan tarikh akhir hantar. nanti cikgu Ardi pasti marah kau. '

' memang dia dah marah pun. tadi dia panggil aku ke pejabat. tuduh aku dah mula pandai malas buat kerja. siap pukul lagi.'

' apa? dia pukul kau?'

' ya. aku tak salahkan dia pun. sebagai guru itu memang dah tanggungjawab dia. tapi.. sekurang- kurangnya berilah aku peluang untuk memberikan sebab kenapa aku tak buat.'

' ha ah betul. dia patut bagi kau peluang membela diri.' aku mengiakan kata- kata Mag. cikgu Ardi ni pun satu tak pernah nak bagi peluang pelajar untuk bercakap jika ada perkara yang tak betul.

' kau tau tak aku tak buat bukan sebab malas tapi sebab aku tak tau nak tulis apa tentang si pembawa sial itu. nak aku tulis istimewanya bapa kau sebab dia kaki botol, kaki pukul, kaki judi. padahal korang semua tulis baik- baik pasal bapa korang. aku menyesal tau tak lahir hasil bernih orang tua keparat itu. kalau boleh aku nak nama aku tukar!' kali ini nada suara Mag makin meninggi. geram dan marah itu lah perasaan dia ketika itu yang aku dapat gambarkan.

' Mag.... tak baik cakap macam tu. baik buruk nya dia tetap bapa kandung kau. kau kena maafkan dia dan mari aku teman kan jumpa cikgu Ardi bagitau dia situasi sebenar kenapa kau tak buat tugasan yang dia bagi tu.'

' nak maafkan dia? sampai mati pun aku tak akan maafkan dia Fina! kau nampak tak parut kat belakang badan aku ni?' Mag membuka sedikit bajunya, dan aku ternampak parut bekas simbahan air panas di belakangnya. mengucap panjang aku dibuatnya.

' dah nampak sekarang apa binatang tu buat kat aku?'

' macam mana boleh terjadi?

' masa tu umurku 6 tahun. aku bersama ibu di dapur dan sedang bermain periuk. bapa ku pada ketika itu sedang tidur di ruang tamu. aku pukul periuk tersebut dengan sudu dan bapaku tiba-tiba bangun meluru ke arah aku...' kali ini air mata Mag mula jatuh sekali lagi.

' dia mulanya merampas periuk tersebut, kemudian menampar pipiku. aku mula menangis ibu cuba menghalang bapa dari terus memukulku. dan.. apa yang terjadi seterusnya bukan untuk berhenti malah dia mengangkat cerek yang tengah mendidih airnya lalu menjirus ke arah belakang aku dan ibu. '

' Mag....' aku mula menitiskan air mata dan memeluknya erat.


***********************************************************************************

SEMINGGU KEMUDIAN....

Latihan untuk kami berdua mewakili sekolah sudah pun bermula. aku memilih cerita ' THE LITTLE RED SHOES' untuk story telling. pada awalnya Mag menolak dan memilih Anne sebagai ganti. namun, semua guru- guru di sekolah termasuk aku dan Lara cuba memujuknya untuk menerima tawaran tersebut. akhirnya Mag mengalah dan akur akan permintaan kami semua.

setelah penat berlatih dan berusaha bersungguh- sungguh akhirnya hari yang dinantikan telah tiba. aku berjaya meraih naib johan dalam pertandingan bercerita. kuis mendapat tempat pertama dan Mag juga berjaya meraih gelaran juara untuk spelling bee contest. kami berdua serta warga Tan Sri Jugah merasa amat bangga kerana berjaya mengharumkan nama sekolah dan sekaligus membuktikan yang sekolah pedalaman ini mampu menyaingi sekolah- sekolah di
bandar.

Untuk meraikan kejayaan kami berdua aku merancang untuk berkelah bersama-sama teman- teman yang lain di air terjun Menanti.

'pasti seronok nanti, dapat main bola lagi dan apa lagi ya aktiviti nanti. nak jumpa Mag lah tak sabar' aku berbisik sendirian sambil tersenyum.

aku berlari anak- anak menuju ke arah asrama Mag. sambil memnaggil namanya.

' Mag... Mag.... kau kat mana?'

' ni terpekik terlolong panggil Mag ni ada apa? ' Anne menyapaku.

' Mag mana Anne?'

' tadi saya nampak dia berlari ke arah pangkalan. sambil menangis diikuti pula dengan si Lara. '

' kenapa?' aku mula menampakkan rasa cemas.

' entah... dua adik- beradik itu memang pelik tau tak. dari dulu lagi memang macam tu. gila agaknya.' Anne mencebik bibir.

aku lantas berlalu menuju ke arah pangkalan perahu. malas nak layan si Anne tu yang terkenal dengan sikap dengkinya terhadap Mag. dalam perjalanan ke pangkalan, fikiranku ligat berpusing, memikirkan apa yang terjadi terhadap Mag.

sampai di pangkalan, aku ternampak Lara cuba menghalang Mag dari mendekati ibu mereka yang ketika itu berada di dalam perahu. naluri ingin tahu aku semakin kuat apabila melihat kelibat Mag semakin agresif.

' Mag!' aku memanggil namanya namun tidak dihiraukan.

' Mag, kenapa ni?'

' Kak Fina tolong Lara! Kak Mag pegang parang nak bunuh ibu!'

aku panik! kali ini tindakan Mag memang benar-benar keterlaluan. aku segera berlari ke arah Mag. ibunya mula keluar dari perut perahu bagi mendapatkan Mag. mujur pak ciknya pun turut serta.

' Mag mengucap. Apa yang kau buat ni salah dosa tau tak.'aku cuba menenangkannya.

' aku nak bunuh perempuan tu! aku tak suka dia kahwin lagi apalagi dengan Pak Mail tukang kebun tu!'

' Mag cuba bawa bertenang, jangan bertindak bodoh. ingat Tuhan Mag!'

' Mag.. sayang, mama bukan nak abaikan Mag dengan Lara. mama ambil keputusan ni untuk kebaikan kita semua..' ibunya cuba memujuk sementara pak ciknya cuba merampas parang dari gengamannya.

' tidak! Mag tidak setuju! Mag tak nak terima lelaki luar dalam hidup kita! apa mama sudah lupa apa yang terjadi kepada kita dulu?

' Mag.. itu cerita lama. kita dah bebas dari kemelut tu. marilah kita bina hidup baru nak. lupakan semua tu. mama sudah maafkan dia dan mama perlukan teman hidup sementelah kau dan Lara belajar.'

' o mama dah maafkan dia ya. sebab gatal nak kahwin? itu semua alasan mama!'

' Mag!!!!!!!!!!!!!!!!!' kali ini pakcik nya menyampuk. mujur dia berjaya mengambil parang dari tangan Mag.

' mulut kau tu jaga sikit!!!! pap!!!!!!' satu tamparan hinggap di pipi Mag oleh pakciknya.

' engkau semua memang kejam! tak sayangkan Mag! pergilah kahwin tapi ingat jangan cari Mag lagi. Mag tak akan kembali atau ikut mama!' Mag berlalu sambil berlari.aku tau dia pasti menuju ke arah air terjun.

' Mag!!!!!!!!!! tunggu!!!!!' aku memnaggilnya.

' mak cik, bertenang. berilah Mag sedikit masa lagi. biar saya cuba memujuknya. dia tertekan sebenarnya tu. maafkan dia mak cik.' aku memberanikan diri bersuara setelah ku lihat air mata deras mengalir di pipi ibu Mag. jelas kelihatan orang tua itu sedih dan terkilan.

' baiklah nak. tolong tengokkan Lara dan Mag. bagitau dia makcik sayangkan dia. makcik pergi dulu'

setelah mengucup pipi Lara yang sedari tadi tak habis- habis menangis, ibunya pun pergi meninggalkan pangkalan sekolah.

aku memeluk Lara dan mengajaknya untuk mendapatkan Mag.

sambung............... :)

' Mag!

No comments:

Post a Comment