Thursday, June 4, 2009

' Mag!Mag!' aku memanggil nama itu, nama manis semanis pemiliknya. tapi sayang insan itu hidup nya penuh liku dan ah... aku sendiri tak pasti untuk menyelami hati insan bernama Margeret itu. semakin jauh aku menyelam semakin aku keliru, semakin banyak onak duri yang aku jumpa. mungkin sebab itu, mengapa ramai yang cuba menghindari untuk menjadi sahabat karibnya walaupun dia terkenal dengan kebijaksanaannya.

menurut Anne, hidup Mag memang penuh dengan air mata, cerita sedih duka. walaupun dia meraih kejayaan dalam apa sekalipun dia tidak pernah untuk meraikan kejayaan tersebut dengan hilai tawa apatah lagi parti. pernah dulu, semasa parti hari guru, dia memencilkan diri, seolah-olah keraian itu sesuatu peristiwa menyedihkan. tapi, kali ini aku hadir dan aku berjanji akan membawa balik tawanya itu.

' Mag... sini kau rupanya. sudahlah tu Mag, jangan sedih lagi. tengok muka kau tu dah comot e...mulut pun muncung macam kenyulong. ' aku cuba buat lawak poyo.

' dahlah Fina. simpan lawak kau tu. '

' ok aku akan simpan kalau kau janji dengan aku tak sedih lagi. '

' yalah tu'

' ni, aku ada rancangan nak bagitau kau ni.'

' apa dia?'

' nak adakan picnic'

***************************************************************************************

keputusan UPSR sudah mula dipamerkan di papan kenyataan sekolah. ramai juga yang mendapat keputusan memuaskan. sekurang-kurangnya tak gagal.

' hai Fina! kau dapat berapa?' Anne menyapaku.

' aku dapat 4A saja. kau pula?

' tahniah. aku dapat 3A. '

'tahniah untuk kau juga.'

' hai you all. buat ape?Mag datang mencelah.

' tidur. tak nampak orang tengah berbual ni. jangan menyampuk boleh tak. meluat tengok muka kau.' Anne segera menjawab. kesian Mag.

' Anne... tak baik cakap macam tu. Mag kita dua saje bual kosong. boleh tau keputusan UPSR kau tak?'

' biasalah Fina orang dengki memang macam tu. aku dapat 5A!' bersinar- sinar mata Mag tatkala mengkhabarkan berita gembira tersebut.

' ah!!!!!!!!!!' aku tiba- tiba menjerit kegembiraan serentak sekali dengan Mag.Anne segera meninggalkan kami berdua. nampak raut cemburu di wajahnya.

************************************************************************************

Kini segalanya telah berubah. masing- masing telah membawa haluan diri. aku berjaya masuk ke salah sebuah IPTS di ibu negara. Mag pula mendapat tawaran belajar di luar negara. bertuah dia. merisik khabar adiknya Lara kini menjadi seorang usahawan yang berjaya. dia mempunyai perusahaan bot express terbesar di perairan sarawak. Anne pula menjadi seorang pereka fesyen yang disegani dan dia pernah menghadiahkan aku sepasang kebaya moden motif pua kumbu sempena hari jadi ku yang ke 20.

Aku menarik nafas lega. akhirnya segala impian yang pernah kami sulam bersama suatu ketika dulu kini menjadi realiti. semoga suatu hari nanti aku dapat berjumpa semula dengan Mag untuk mengulit kembali kenangan yang pernah kami kongsikan bersama dulu.


*****************************TAMAT SUDAH*****************************************

No comments:

Post a Comment