Wednesday, June 3, 2009

ANAK SG BANGKIT MENGEJAR IMPIAN

Aku berdiri sendirian di tepian anak sungai Bangkit sambil mataku tepat memandang kosong ke arah pepohon Engkabang yang merimbun di seberang sungai. Anak- anak kecil yang tengah seronok bermandi manda dan sesekali kedengaran riuh bunyi ketawa mereka berenang renang sambil bermain berkejaran langsung tidak ku hiraukan. Alangkah bahagianya hidup mereka tanpa memikirkan apa yang akan berlaku esok, lusa ataupun hari- hari yang akan mendatang.

Fikiran ku menerawang buntu memikirkan kehidupan yang harus aku tempuhi bersama keluarga dan rakan- rakan yang lain tatkala aku berpijak di bumi Bangkit ini. ' Sungguh terpencil, lamanya naik perahu berjam-jam, tiada kemudahan lengkap, di kelilingi hutan tebal, sekolah apakah ini? bagaimana mereka mampu bertahan di bumi yang tiada kemajuan walau sedikitpun? ' bisik hati kecilku pada ketika itu. Lamunan ku terhenti seketika apabila aku disapa seorang gadis manis,kacukan cina iban,dan lembut tutur katanya tatkala menyapa.

' Hai, saya Margeret Chin panggil saja Mag.awak pula?' dia menyapaku ramah.
' Hai, saya Saffina panggil saya Fina. ' aku menjawab ringkas.

Mag sememangnya seorang yang ramah dan dia terus mengajak ku berbual bersama sehinggalah mentari hampir tenggelam di ufuk timur. aku tidak juga keberatan untuk berbual sekurang- kurangnya aku sudah mempunyai teman di tempat baru ini dan aku juga bernasib baik berkenalan dengan Mag kerana dia bukan saja ramah malah sebaya denganku. Jadi, nanti senanglah aku minta bantuan jika ada perkara yang aku musykil.

Keesokkan harinya, hari pertama aku dan juga Mag serta anak- anak SRK Tan Sri Jugah yang sebaya denganku melangkah masuk ke darjah 6. aku tidaklah begitu teruja kerana aku sangat percaya dengan kemudahan buku yang kurang, terutama di perpustakaan yang kecil sebesar dapur hanya terdapat saki baki buku entah dari tahun berapa tapi yang pasti semuanya telah bertukar menjadi warna kuning keemasan.aku sangat bertuah dilahirkan sebagai anak cikgu yang bukan saja mengikut ayahku berpindah sekolah selalu dan ini merupakan sekolahku yang ketiga, namun sekurang - kurangnya aku masih mampu mempunyai kemudahan seperti buku rujukan pelajaran walaupun agak kuno juga jika dibandingkan dengan buku- buku pelajar bandar.

' Selamat pagi Fina! jom kita ke kelas sama-sama' Mag menegurku.
' Jom. '
' kenapa murung je ni, ada apa-apa yang tak kena ke?' persoalan Mag itu tadi benar- benar mengejutkan aku. tak ku sangka dia begitu peka akan reaksi wajahku yang seawal pagi tadi tidak menampakkan sebarang senyuman walaupun ibu sempat mengusik ku bakal memulakan hari- hari ku di situ dengan senaman mendaki bukit.

ya, kata ibu itu memang benar ,kerana kelas serta pejabat semua nya terletak di puncak bukit. untuk tiba di puncak terpaksalah mendaki anak tangga lebih kurang 150 buah. penatnya hanya Yang Maha Esa sahaja yang tahu.

' tak de ape- ape lah Mag, teringat kawan kat sekolah lama sahaja.' aku menipu! jauh di sudut hatiku berkata ' apasal lah sekolah ni terpencil sangat dah tu banyak cabaran yang memenatkan! dahlah naik perahu berjam-jam, meredah jeram lebih daripada satu, lepas tu nak naik bukit lagi Ya Tuhan tolonglah! ' aku memprotes sendirian dari semalam.

' oh macam tu, baru pindah sekolah memang macam tu, nanti bolehlah bertukar- tukar surat dengan mereka. kat sini nanti Fina juga pasti dapat teman baru lagi ramai mungkin.so, jangan risau k' Mag cuba menteteramkan hatiku yang berkecamuk seperti retak menanti belah itu.

selepas waktu sekolah tamat, Mag mempelawaku untuk mandi di air terjun yang terdapat di belakang dewan sekolah. airnya sangat jernih sesekali anak- anak ikan kenyulong kelihatan berenang-renang di celah- celah batu- batu kecil dan tekuyong minyak juga banyak melekat di batu- batu dan juga daun- daun kering yang jatuh berguguran dari pepohon yang menghijau. hatiku mulai tertawan dengan keindahan alam ciptaan Tuhan di sekolah ini dan aku mula jatuh cinta dengan sekolah Tan Sri Jugah ini. walaupun tiada bangunan pencakar langit, tiada elektrik, tiada kenderaan pacuan empat roda namun memadailah dengan keindahan panaorama serta bunyi-bunyi unggas sebagai ganti. ia ibarat sebuah taman semulajadi yang mengasyikan.

setelah puas bermain dan mandi akhirnya kami berdua pun mengalah dengan kesejukan air terjun tersebut yang ku panggil air terjun Menanti. nama itu direka bersempena dengan keghairahanku untuk berkunjung ke situ setiap kali tibanya waktu mandi walhal awal pagi sekalipun.

bersambung...... jangan lupa ikuti sambungan kisah Fina dan teman rapatnya Mag akan datang...

No comments:

Post a Comment