Monday, April 20, 2009

uniquely marudi










gambar salah satu desert restaurant decoration gambar bot express
Marudi merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di bahagian Miri, Sarawak. terdapat berbilang kaum yang menetap di sini di antaranya adalah iban,orang ulu,penan, cina dan ramai lagi. marudi terkenal dengan baram regatta iaitu pesta lumba perahu, dan sungai baram yang menjadi jalan pengangkutan utama selain darat dan udara. apabila anda berkunjung ke marudi jangan lupa untuk merasai kelazatan makanan nya seperti mee sup,mee goreng,desert seperti ais krim, pelbagai jenis juice yang pasti menjadi sebutan. restoran non halal yang saya cadangkan adalah: untuk menikmati mee sup,mee goreng,vegetarian food adalah di food court pasar baru, ting restaurant,riverview restaurant. kuew tiow goreng juga menjadi trademark kerana ianya resipi turun tenurun. halal food terdiri daripada restaurant cahaya, bunga raya, bojeng dan grand restaurant. desert semestinya halal di fresh house dan blue corner.






di atas adalah sebahagian gambar pekan marudi yang bersih.... bangga2



tempat yang boleh dilawati di marudi adalah bukit kubu, mini muzium, dataran marudi,pasar tamu marudi, jambatan gantung dan kampung melayu.


bagi yang inginkan suasana kampung bolehlah berkunjung ke rumah panjang, mandi manda di air sungai dabai atau air terjun sungai rian yang terletak di kampung puyut b.


marudi juga terdapat buah exotic yang dinamakan pisang hutan @ gentuk dalam bahasa iban.


opss lupa pula laksa sarawak,mee kolok dan segala apa makanan sarawak yang popular juga boleh didapati di pekan comel ini.


gua mulu dan logan bunut juga tidak begitu jauh dari marudi town

MUDIK KE HULU DATAI DI MULU,

SINGGAH SEKEJAP BA LONG BEDIAN,

MUN KITAK SUDI DATAILA KITU,

SELAMAT DATAI KAMEK UCAPKAN.










1 comment:

  1. patun bercampur engau basa melayu .. nyelaik munyi ... hahaha!

    ReplyDelete